Piala Sanix: Ohzu hukum kealpaan benteng 

Oleh Staff Writer 15 Mac 2019 300
 Piala Sanix: Ohzu hukum kealpaan benteng 

MALAYSIA 0 OHZU 1

Malaysia menglami kekalahan ketiga berturut-turut selepas tunduk kepada sebuah lagi pasukan sekolah tinggi, Ohzu, 0-1 untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan Piala Sanix 2019 di tangga tercorot, hari ini. 


Bojan Hodak menurunkan semula antara kesebelasan utama, termasuk dua penyerang, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Hazim Abu Zaid, dalam aksi di Fukuoka, Jepun itu. 

Penyenaraian semula penjaga gol utama, Muhammad Firdaus Mohd Fadhil, memberi impak positif yang menyaksikan Ohzu berdepan sedikit kesukaran untuk menembusi benteng skuad B-18 negara.

Awal-awal lagi Luqman sudah pun memecah benteng Ohzu, diikuti beberapa siri percubaan. 

Peluang terbaik negara muncul melalui tandukan Muhammad Aikmal Roslan pada penghujung babak pertama tetapi sedikit tinggi.

Namun, entah bagaimana skuad negara gagal mengekalkan corak menyerang dalam babak kedua dan sering kehilangan bola.

Akhirnya, benteng negara dihukum dengan gol kemenangan Ohzu empat minit selepas perlawanan bersambung menerusi gerakan solo, Ren Uetsuka.

"Ohzu dilabel sebagai pasukan terkuat dalam kempen kali ini. 

"Kami mencipta lebih banyak peluang dalam perlawanan ini berbanding aksi terdahulu.

"Bagaimanapun, Ohzu memanfaatkan segala peluang yang terhidang dan inilah salah satu perkara dalam bola sepak dan pemain negara perlu tahu bagaimana untuk menang," katanya. 

Tambah ketua pasukan, Muhammad Firdaus: "Saya harap kami dapat beraksi baik esok untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih tinggi dari tahun lalu, iaitu tangga ke-13."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen