Piala Negara-Negara Afrika: Nigeria hampiri gelaran keempat

Oleh Staff Writer 11 Julai 2019 2762
Piala Negara-Negara Afrika: Nigeria hampiri gelaran keempat
NIGERIA 2 AFRIKA SELATAN 1

Nigeria selangkah lebih hampir untuk muncul juara Piala Negara-Negara Afrika selepas kesilapan Ronwen Williams membenarkan William Troost-Ekong meledak jaringan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Afrika Selatan dalam aksi suku akhir, awal pagi tadi.


Bafana Bafana, yang mengejutkan Mesir dala pusingan terdahulu, menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 19 minit di Kaherah apabila Bongani Zungu menanduk masuk dan perlawanan seakan-akan bakal ditentukan dalam masa tambahan.

Tetapi Troost-Ekong menggunakan peluang sebaik mungkin pada minit ke-89 selepas kesilapan yang dilakukan Williams meleburkan harapan Afrika Selatan untuk ke pusingan seterusnya, sekali gus membenarkan Nigeria untuk mengejar gelaran juara Afrika buat kali keempat.

Nigeria mendahului perlawanan pada minit ke-27 menerusi Samuel Chukwueze selepas beberapa usaha awal bagi menembusi Afrika Selatan.

Keputusan ini menyaksikan Afrika Selatan gagal mengatasi Nigeria dalam saingan AFCON manakala skuad kendalian Gernot Rohr itu melangkah ke separuh akhir dengan penuh disiplin serta persembahan berkualiti.

Nigeria mendominasi awal permainan, namun gagal mencipta peluang sehinggalah gerakan berbahaya Alex Iwobi menerusi sayap kiri sebelum melakukan hantaran silang yang disempurnakan oleh Chukwueze.

Peter Etebo melakukan percubaan menerusi sepakan percuma pada minit ke-50 tetapi Williams bingkas menafikan percubaan tersebut.

Ketika Afrika Selatan mula mempamerkan kelesuan, Odion Ighalo berjaya mencari Zungu untuk meledak jaringan penyamaan.

Nigeria mengasak hingga ke penghujung permainan dan berjaya meletakkan pasukan di hadapan apabila Troost-Ekong mengambil peluang terhidang untuk menjadikan kedudukan 2-1 selepas kesilapan yang dilakukan penjaga gol lawan, Williams, untuk membawa pasukan ke peringkat seterusnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen