TORONTO 2 SEATTLE 0

Kapten pasukan Toronto FC, Michael Bradley, memuji pasukannya selepas mencapai impian dengan menjuarai Piala MLS.


Jozy Altidore dan Victor Vazquez menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk mengetepikan Seattle Sounders 2-0 di Stadium BMO Field.

Ia merupakan kemenangan yang amat berharga selepas mereka dinafikan oleh Sounders menerusi penentuan sepakan penalti pada tahun lalu.

Bradley yang menyertai Toronto pada 2014, berkata ia merupakan impian menjadi kenyataan menjulang gelaran ini.

"Ini merupakan impian selama empat tahun sejak saya berhijrah ke kelab ini dan sejak tahun lalu, kami benar-benar mahu menjulangnya," kata Bradley.

"Kejayaan ini adalah untuk setiap pemain yang bekerja keras setiap hari, mengingati kenangan pahit dalam aksi final tahun lalu, kami berjaya menjuarainya."