Piala Kebangsaan Liga Alumni: Andersonians dinobat juara

Oleh Azizan Hashim 17 Mac 2019 894
Piala Kebangsaan Liga Alumni: Andersonians dinobat juara
ANDERSONIANS 2 ANSARA KB 1

Anderson Ipoh (Andersonians) muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala Kebangsaan Liga Alumni. 


Jaringan Mohd Amirul Waie Yaakob tiga minit sebelum tamat perlawanan sudah mencukupi buat Andersonians mengecewakan SM Sains Kota Bharu (ANSARA) 2-1 di Stadium Perak, malam tadi. 

Sebelum itu, Andersonians membuka jaringan melalui sepakan penalti Mohd Najib Shahruddin pada minit ke-48. 

Bagaimanapun, pelawat kembali menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Nasharizam Abd Rashid (m-63) hanya untuk dikecewakan sentuhan pemusnah Amirul Waie. 

Dengan kejayaan itu, Andersonians menebus kehampaan apabila sekadar menjadi naib juara kepada Victoria Institution (VI) dari Kuala Lumpur dalam kejohanan antara bekas pelajar sekolah-sekolah seluruh negara itu tahun lalu.

Sementara itu, ANSARA -- singkatan untuk Anak Sains Mara -- kali pertama tampil dalam perlawanan akhir. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, turun menyaksikan perlawanan final tersebut sebelum menyampaikan hadiah dan piala pusingan kepada bekas sekolahnya itu.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen