Piala Global Yakult: Pentas pendedahan terbaik pemain muda -- Redzuan

Oleh Staff Writer 17 September 2019 13
Piala Global Yakult: Pentas pendedahan terbaik pemain muda -- Redzuan
Ketua jurulatih skuad Malaysia Warrior, Mohd Redzuan Mustapa, menganggap Kejohanan Piala Global Yakult 2019 di Osaka, Jepun memberi peluang pendedahan terbaik buat barisan pemain muda bawah 12 tahun. 

Malaysia Warrior dinobatkan sebagai juara kejohanan edisi pertama itu selepas mengharungi lima saingan peringkat Kumpulan B bersama pasukan tuan rumah. 

Pasukan itu hanya tewas 4-0 dalam perlawanan pembukaan menentang Dream dan bangkit dalam aksi seterusnya sebelum layak ke peringkat suku akhir dengan menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua. 

Kejayaan tersebut menjadi lebih manis apabila pemain Malaysia Warrior, Muhammad Azmer Masri Ahmad, mengungguli gelaran pemain terbaik kejohanan. 

"Bagi saya, jika pemain dari Malaysia diberikan pendedahan dalam saingan ini, mereka mampu menampilkan aksi yang berkualiti," kata Redzuan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, berharap barisan pemain muda itu mengekalkan prestasi dan menggandakan usaha untuk berada di peringkat lebih tinggi.  

"Saya berharap pemain-pemain Malaysia dapat mengekalkan kemampuan serta meningkatkan lagi mutu permainan untuk menampilkan aksi yang berkualiti untuk saingan Piala Sanix, lima tahun akan datang," kata Hamada.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen