SIME DARBY 2 UKM FC 2
(Sime Darby menang agregat 3-2)

Sime Darby meneruskan kecemerlangan pada aksi kedua final apabila berjaya mengikat UKM FC 2-2 sekaligus menjulang Piala FAM menerusi kemenangan agregat 3-2.


Sebelum perlawanan bermula, kelebihan memihak kepada Sime Darby yang mempunyai bekalan satu gol di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang UKM untuk melunas misi mencari gol awal dan ia disempurnakan Hasrul Nurkholis Hasim pada minit ke-17.

Agregat 1-1 ternyata merancakkan lagi permainan, namun akhirnya ia dimanfaat Sime Darby yang meraih gol penyamaan menerusi Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-29.

Sime Darby terus mempamerkan aksi cemerlang sejurus perlawanan bersambung dalam babak kedua, percubaan jarak jauh Tunku Noor Hidayat Tunku Ishak pada minit ke-56 memberikan kelebihan selesa pasukan tuan rumah.

Gol saguhati UKM hadir pada penghujung permainan, Faidzol Shamsudin berjaya mengikat kedudukan 2-2, bagaimanapun gagal untuk mencari kemenangan sekaligus memberikan laluang kepada Sime Darby muncul juara edisi kali ini.Kredit imej: FB FAM Official