Piala Dunia 2018 di Russia menyaksikan lebih banyak sepakan penalti diberikan berbanding temasya terakhir empat tahun lalu susulan impak pengenalan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain Korea Selatan, Jang Hyun-soo, melepaskan penalti ketika menentang Mexico awal pagi tadi yang disempurnakan Carlos Vela.

Ia adalah penalti ke-14 sepanjang temasya Russia 2018, lebih satu daripada jumlah keseluruhan dalam edisi Brazil 2014.

Dengan VAR diperkenalkan buat julung kalinya dalam Piala Dunia, rekod baru jumlah penalti tidak dapat dielakkan meskipun pusingan kedua peringkat kumpulan belum berakhir.

Sejak Opta mula merekodkan data pada tahun 1966, rekod penalti yang paling banyak diberikan dalam Piala Dunia adalah 18, iaitu berlaku pada edisi 1990, 1998 dan 2002.

Daripada 14 penalti yang diberikan di Russia setakat ini, 11 daripadanya bertukar menjadi jaringan -- hanya Lionel Messi (Argentina), Gylfi Sigurdsson (Iceland) dan Christian Cueva (Peru) gagal menyudahkannya dengan gol.

Hanya satu keputusan penalti yang diberikan oleh pengadil telah dibatalkan hasil teknologi VAR ketika pemain Brazil, Neymar, mengelak kekalahan kepada Costa Rica.

Perancis, Australia, Sweden dan Mesir merupakan antara pasukan yang telah diberikan penalti selepas penggunaan VAR.