Piala Dunia: Neymar senaraikan dua nama harus diberi perhatian 

Oleh Staff Writer 20 April 2018 20194
Piala Dunia: Neymar senaraikan dua nama harus diberi perhatian 
Neymar menyenaraikan dua rakan sepasukan Brazil dalam kalangan beberapa pemain Liga Perdana Inggeris sebagai pemain yang boleh mencuri perhatiannya dalam Piala Dunia yang akan datang.

Penyerang Paris-Saint Germain (PSG) itu kini berada di tanah airnya untuk proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kaki.

Sementara pengurus kelab, Unai Emery, belum pasti bila pemain berusia 26 tahun itu akan kembali, dengan Neymar yakin akan cergas tepat pada waktunya sebelum perlawanan pembukaan Selecao menentang Switzerland pada 17 Jun.

Berdasarkan responsnya terhadap soalan diajukan, dia dengan jelas menyatakan Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus akan menyinar di Russia nanti selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

"Terdapat ramai pemain berkualiti. Kita bercakap tentang Piala Dunia, hanya yang terbaik di dunia," kata Neymar seperti dipetik dalam laporan Globo Esporte.

"Tetapi Coutinho dan Jesus adalah dua pemain yang boleh membuat perbezaan, saya harap mereka akan melakukannya.

"Mohamed Salah tidak bermain untuk aksi besar pasukan kebangsaan tetapi dia boleh memiliki Piala Dunia yang baik. Ada juga pemain yang sangat berbakat: Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Luis Suarez.

"Saya harap kita semua boleh melakukan dengan baik dan mempunyai Piala Dunia yang hebat tetapi saya berharap mereka tidak melakukannya menentang Brazil.

"Saya gembira menjadi sebahagian daripada Brazil, bagi saya ia adalah pasukan terkuat sekarang. Kami mempunyai pemain yang berkualiti untuk menang dan kami akan cuba melakukannya."

Lawan Brazil dalam Kumpulan E adalah Costa Rica, Serbia dan Switzerland.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen