Piala Dunia Kelab: Liverpool mungkin jumpa Monterrey

Oleh Staff Writer 17 September 2019 28
Piala Dunia Kelab: Liverpool mungkin jumpa Monterrey
Kelab gergasi Mexico, Monterrey, berpotensi untuk menjadi lawan Liverpool dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA selepas majlis undian awal pagi tadi.

Selaku juara Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool layak secara automatik ke separuh akhir kejohanan berkenaan di samping juara Copa Libertadores dan akan bertemu satu daripada empat pasukan lain.

Kejohanan di Qatar itu akan dibuka dengan pertemuan di antara pasukan dari New Caledonia, Hienghene Sport, dengan Al-Saad atau naib juara Kejohanan AFC.

Pemenang dalam perlawanan itu akan bertemu Monterrey, yang merupakan juara Liga Juara-Juara CONCACAF selepas menewaskan Tigres dengan kelebihan agregat 2-1, untuk merebut peluang bagi mencabar Liverpool dalam separuh akhir.

Sementara itu, juara benua Amerika Selatan akan berdepan ES Tunis atau juara benua Asia dalam separuh akhir.

Final kejohanan itu akan berlangsung pada 21 Disember depan sementara penentuan tempat ketiga juga dilangsungkan pada hari yang sama.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen