Piala Asia: Kami tewas kerana negara miskin -- Radulovic

Oleh Staff Writer 10 Januari 2019 26137
Piala Asia: Kami tewas kerana negara miskin -- Radulovic
Ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez, mempertahankan keputusan pengadil ketika pasukannya menewaskan Lubnan 2-0 dalam aksi Kumpulan E, Piala Asia  di Abu Dhabi awal pagi tadi ketika rakan sejawatannya, Miodrag Radulovic, berang dengan gol Lubnan yang dibatalkan.

Lubnan hampir mengemudi perlawanan dalam babak pertama, namun jaringan Ali Hamam susulan sepakan penjuru dibatalkan pengadil, Ma Ning, yang mendakwa berlaku tolakan dalam kawasan penalti sebelum jaringan itu terhasil.

Jaringan sepakan percuma menarik daripada Bassam Al Rawi serta gol lewat permainan Almoez Ali memberikan kemenangan buat tuan rumah Piala Dunia 2022 itu.

Namun, Sanchez dan Radulovic mempunyai pendapat berbeza tentang insiden gol yang terbatal itu.

"Saya rasakan ia satu kekasaran.

"Selepas melihat siaran ulangan di televisyen, saya bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan," kata Sanchez.

Radulovic, bagaimanapun, berang dan tidak dapat mengawal diri daripada mengkritik keputusan pegawai perlawanan yang sepatutnya juga melayangkan kad kuning buat permain Qatar.

"Ia amat sukar untuk memperkatakan tentang perlawanan seperti itu.

"Saya mendidik pemain saya untuk permainan 11 lawan 11 pemain.

"Namun, kami bukan sahaja berdepan 11 pemain, malah 12 atau 13.

"Yang saya maksudkan itu adalah pengadil perlawanan.

"Apabila kami bermain dengan mengikut percaturan taktikal dan menjaringkan gol pendahuluan, mereka mencuri jaringan itu daripada kami.

"Amat sukar untuk kami meneruskan aksi baik selepas itu.

"Kami bermain mengikut undang-undang, namun kami negara yang miskin.

"Kami tidak memiliki kewangan besar seperti Qatar.

"Kami tidak boleh dibandingkan dalam aspek itu.

"Apabila mereka menjaringkan gol, pemain saya hilang konsentrasi.

"Mereka hilang keyakinan dan perkara-perkara tidak sepatutnya terjadi.

"Amat sukar untuk beraksi seperti biasa semula.

"Mereka meruntuhkan moral dan keyakinan kami," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen