India telah menerima surat peletakan jawatan jurulatih, Stephen Constantine, selepas skuadnya tersingkir dalam peringkat kumpulan Piala Asia.

Kekalahan 1-0 kepada Bahrain di Stadium Sharjah, awal pagi tadi, memastikan India berada di tangga tercorot Kumpula A.

Tetapi bersama Costantine, skuad itu hampir mara ke peringkat seterusnya buat kali pertama dalam sejarah Piala Asia.

Seri tanpa jaringan sudah memadai buat mereka tetapi sepakan penalti pada minit ke-91 yang disempurnakan Jamal Rashed membuat mereka berputih mata.

India mengesahkan Constantine telah mengumumkan beliau tidak lagi memimpin skuad India menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi media sosial.

"Kami menerima keputusan beliau dan mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya kepada bola sepak India," kata kenyaaan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak India.