IRAN 2 OMAN 0

Iran melangkah ke suku akhir Piala Asia 2019 hasil kemenangan 2-0 ke atas Oman, dengan Alireza Jahanbakhsh dan Ashkan Dejagah mencetak gol dalam aksi di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Skuad asuhan Carlos Queiroz itu mara dengan reputasi tanpa kalah dan ia terbukti apabila mereka meraih kemenangan selesa dalam aksi awal pagi tadi meskipun memulakan permainan dengan goyah.

Juara Piala Negara-Negara Teluk, Oman, gagal menyempurnakan sepakan penalti menerusi Ahmed Al Mahaijri dan Iran menghukum lawan dengan gol Jahanbakhsh dan penalti Dejagah selepas mereka menguasai separuh masa pertama.

Sungguhpun Iran terlepas beberapa lagi peluang menarik, Oman bagaimanapun gagal untuk bangkit untuk skuad kendalian Queiroz itu menempah pertemuan suku akhir dengan China.

Oman memiliki peluang berharga untuk untuk memimpin perlawanan lebih awal selepas Seyedmajid Hosseini yang dalam kekalutan menjatuhkan Muhsen Al Ghassani, namun Alireza Beiranvand lebih tangkas untuk menafikan sepakan penalti Al Mahaijri.

Iran mengambil kesempatan untuk mendahului selepas setengah jam aksi berlalu apabila Jahanbakhsh menghukum kesilapan Mohammed Al-Musallami untuk menembusi gawang yang dikawal Faiyz Al Rusheidi.

Penjaga gol itu terus dihukum sebelum rehat -- Dejagah melepaskan sepakan penalti kedua perlawanan di tengah pintu gol dengan yakin berikutan Saad Al-Mukhaini secara kontroversinya mengasari Mehdi Taremi.

Penguasaan Iran hanya muncul selepas rehat. Sardar Azmoun melepaskan rembatan deras dari jarak 12 ela pada minit ke-52 sebelum voli kencang Taremi diselamatkan oleh Al Rusheidi.

Penjaga gol Oman itu sekali lagi mempamerkan ketangkasannya apabila mematahkan gerakan Taremi dalam situasi satu lawan satu, namun ia belum cukup untuk menyekat kemaraan Iran.