Piala AFF B-23: Nik Akif terlepas aksi pertama

Oleh Staff Writer 13 Februari 2019 974
Piala AFF B-23: Nik Akif terlepas aksi pertama
Kegusaran skuad B-22 negara ke atas tonggak tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat, semakin reda meskipun dia bakal terlepas aksi pertama Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF B-23 tahun di Kemboja.

Nik Akif melapor diri ke kem fasa akhir negara Isnin lalu dalam keadaan dia dibelenggu kecederaan lutut.

Bagaimanapun, pengaruh yang berupaya ditawarkan Nik Akif menyaksikan dia bakal terbang ke Kemboja bersama skuad negara Jumaat ini.

Malaysia dijadualkan memulakan kempen menentang tuan rumah, Kemboja, Isnin ini, sebelum berentap dengan Indonesia dua hari berikutnya di mana Nik Akif dijangka turun beraksi dari bangku pemain simpanan.

"Saya agak terkilan kerana tidak dapat menjalani latihan bersama skuad untuk beraksi di Kemboja. Saya akan berusaha untuk berada pada tahap terbaik untuk tampil berkhidmat untuk skuad negara," kata Nik Akif.

Dalam ketiadaan Nik Akif, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, akan memandang kepada pemain lain untuk mengemudi  bahagian tengah.

Sebelum ini, barisan negara menerima tamparan hebat apabila tonggak tengah, Daniel Amier Norhisham, tidak diberi pelepasan oleh majikannya, Felda United, untuk ke Kemboja.

"Saya berasakan Malaysia mampu memberikan saingan dalam setiap perlawanan serta melunaskan peluang terhidang untuk meledak jaringan," ujarnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen