PERANCIS 0 JERMAN 0

Alphonse Areola mengakui juara dunia Perancis bergelut pada penghujung permainan ketika mereka seri 0-0 dengan Jerman dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.


Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Areola, tidak diuji pada 60 minit pertama permainan dalam aksi sulung dalam pentas antarabangsa tetapi mempamerkan aksi cemerlang dengan menafikan peluang-peluang jaringan daripada Marco Reus, Mats Hummels dan Thomas Muller.

Jerman turut memiliki peluang terbaik untuk meraih kemenangan menerusi percubaan Matthias Ginter tetapi ia gagal disempurnakan.

"Ia adalah perlawanan pertama saya bersama Perancis dan saya gembira dengan persembahan ini, tetapi saya lebih gembira jika kami meraih kemenangan," katanya.

"Saya kekal fokus sepanjang perlawanan dan tidak mahu kami berputih mata.

"Perancis diasak dalam separuh masa kedua. Kami gembira kerana berjaya meraih keputusan ini.

"Jerman memberikan tekanan yang hebat dan mereka mahu menghukum kami kerana kami adalah juara dunia. Ia terpulang kepada pasukan untuk meneruskan aksi cemerlang kami.

"Tetapi, kami sudah menjangkakan persaingan yang rumit berdepan barisan pemain-pemain yang berkualiti dan sangat berpuas hati kerana tiada jaringan berjaya dihasilkan lawan."