Pepe bakal tinggalkan Lille -- Galtier

Oleh Staff Writer 20 Mei 2019 2428
Pepe bakal tinggalkan Lille -- Galtier
Jurulatih, Christophe Galtier, mengesahkan Nicolas Pepe bakal meninggalkan Lille untuk menyertai "gergasi Eropah".

Pepe mempamerkan aksi cemerlang bersama Lille musim ini, dengan meledak 22 gol dalam saingan liga selepas membuat 37 penampilan untuk memastikan mereka menamatkan saingan di tangga kedua.

Persembahan cemerlangnya dilaporkan menarik perhatian beberapa kuasa besar Eropah, dan Galtier memiliki peluang yang tipis untuk mengekalkan pemain berusia 23 tahun itu.

"Nicolas Pepe bakal berhijrah, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam bola sepak hari ini," kata Galtier.

"Dia seorang pemain yang berada dalam keadaan terbaik dan bakal melakukan keputusan mengenai kelab mana yang bakal disertainya.

"Saingan dalam kalangan gergasi Eropah akan berlaku untuk mendapatkan Pepe. Saya berharap dia akan menilai dengan sebaik mungkin sebelum membuat pilihan."

Pepe menjaringkan dua gol ketika membantu Lille mengatasi Angers, Sabtu lalu.

Kelab Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool dan Manchester United turut dilaporkan berminat, namun Paris Saint-Germain (PSG) juga mahu mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Ivory Coast itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen