Sevilla mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat penyerang Barcelona, Munir El-Haddadi, dan pertahanan Ajax, Maximilian Wober.

El-Haddadi telah dipinjamkan kepada Valencia and Deportivo Alaves sejak dua musim lalu dan gagal untuk menjadi sebahagian daripada perancangan Ernesto Valverde selepas sekadar melakukan 11 penampilan dalam semua kejohanan serta menjaringkan dua gol.

Pemain berusia 23 tahun itu bakal menyertai Sevilla selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan dan kelab itu akan membayar yuran perpindahan EURO1.5 juta (RM7.04 juta).

Perpindahan El-Haddadi bakal disempurnakan selepas dia menjalani ujian kesihatan selepas Sevilla mendedahkan mereka telah menandatangani pertahanan Ajax, Wober.

Pemain itu, yang menyerlah di bawah kendalian Erik ten Hag musim ini, tampil beraksi dalam lapan aksi Eredivisie di samping turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk setiap perlawanan Liga Juara-Juara (UCL).

Sevilla membayar EURO10.5 juta (RM49.3 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.