Keazaman Zlatan Ibrahimovic menghadirkan impak positif kepada Milan, menurut jurulatih, Stefano Pioli.

Milan hanya tewas sekali sejak Ibrahimovic kembali menyertai The Rossoneri dengan kontrak enam bulan Disember lalu.

Kemenangan ke atas Fiorentina hari ini sekurang-kurangnya melonjakkan Milan dalam kelompok enam terbaik.

Ibrahimovic menjaringkan tiga gol dalam lapan penampilan setakat ini, tetapi Pioli percaya dia telah menghadirkan lebih daripada jaringan kepada pasukan.

"Kami berlatih dengan baik dan sejujurnya, Ibrahimovic menghadirkan impak positif kepada pasukan," kata Pioli.

"Keazaman Ibrahimovic sangat bagus buat Milan. Dia seorang pemain yang unik dan seorang sang juara."
Walaupun terdapat spekulasi mengenai Pioli bakal digantikan pada penghujung musim, terdapat juga pihak yang menyatakan kontrak beliau akan dilanjutkan.

"Saya sangat gembira apabila tugas saya dinilai dengan cara yang positif. Ia membuktikan saya adalah rujukan kepada pasukan.

"Tiada jurulatih yang selamat jika gagal meraih keputusan positif. Saya tidak boleh menjawab persoalan anda di sini, saya akan berusaha untuk memberikan tumpuan kepada perlawanan akan datang."