Alexandre Pato sah akan meninggalkan kelab Liga Super China, Tianjin Tianhai.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai kelab tersebut -- sebelum ini dikenali sebagai Tianji Quanjian -- pada Januari 2017 daripada pasukan LaLiga, Villarreal, dan telah menjaringkan 34 gol dalam 58 penampilannya buat kelab itu.

Pato, yang pernah melakukan 27 penampilan buat skuad kebangsaan Brazil, tidak diturunkan dalam dua perlawanan pertama musim ini dan telah menggunakan platform media sosial untuk mengesahkan waktunya di China sudah berakhir.

"Kepada semua rakan China saya, saya mahu mengumumkan bahawa pengembaraan saya di negara ini sudah sampai ke penghujungnya," tulisnya dalam Instagram.

"Dua tahun di China memberikan saya kenangan yang menggembirakan bersama-sama rakan sepasukan dan ia turut memberikan pelbagai pengalaman baru.

"Saya pasti China telah membantu saya untuk berkembang menjadi seorang lelaki.

"Saya mahu berterima kasih kepada kelab, rakan sepasukan, jurulatih, seluruh warga kelab ini dan penyokong yang tidak henti-henti mendoakan saya.

"Saya amat sayangkan masyarakat China yang saya temui sepanjang dua tahun ini.

"Saya berharap saya dapat kongsikan rasa cinta saya terhadap bola sepak dan pengembaraan baru akan bermula selepas ini," katanya.