Pasukan King James, Towkay berentap di Likas

Oleh Willie Jude 14 Jun 2019 1922
Pasukan King James, Towkay berentap di Likas
Dua legenda bola sepak negara, James Wong dan Datuk Soh Chin Aun, akan mengetuai pasukan masing-masing yang dibarisi bekas-bekas pemain negara dalam aksi persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 22 Jun ini. 

"Ini adalah kali pertama pasukan yang diketuai Datuk Soh Chin Aun itu datang ke Sabah dan ia adalah satu penghormatan untuk kami menjadi tuan rumah di Stadium Likas.

"Kami belum menerima senarai rasmi tetapi saya difahamkan mereka akan dibarisi kira-kira 28 pemain, termasuk Datuk Santokh Singh," katanya yang juga Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah.

James berkata pasukannya akan dibarisi pemain berusia 45 tahun ke atas yang terdiri daripada ahli persatuan.

"Perlawanan ini adalah untuk pemain berusia 45 tahun ke atas dan kami mungkin menurunkan pemain seperti Yap Wai Loon, Gerald Mojiliu dan Jekerison Kilan.

"Saya juga akan beraksi untuk 15 minit atau lebih," tambahnya yang turut terkenal dengan gelaran 'King James'.

Sepak mula perlawanan itu akan bermula pada jam 4.15 petang dan orang ramai, khususnya peminat bola sepak, dijemput untuk menyaksikannya. Kemasukan adalah percuma. 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen