Pandanglah lencana di dada, kata Luqman Hakim

Oleh Staff Writer 20 Ogos 2019 26919
Pandanglah lencana di dada, kata Luqman Hakim
"Pandanglah lencana di dada," kata penyerang skuad B-18 negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang menjadi pencetus semangat buat pemain negara sepanjang Kejohanan AFF B-18 di Vietnam yang berakhir semalam.

Pemain kelahiran Kelantan itu antara yang banyak memberikan impak di atas padang.

Apa yang menjadikannya sesuatu yang istimewa ialah sifat kepimpinannya yang mampu menghasilkan suasana luar biasa dalam pasukan.

Kalimat itu sering dilaungkan Luqman Hakim sebaik melihat rakan-rakannya longlai dalam perlawanan.

"Sebab apa saya kata begitu? Nampak tak? Ini Harimau kan? Kita kena jadi macam harimaulah. Macam nak terkam orang tu, kita kena jadi macam tu.

"Sebab tu saya sebut macam lambang di dada. Kita nak terkam pihak lawan," katanya sambil menunjukkan lambang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dada kirinya.

Bagaimanapun, hasrat untuk mencetak kemenangan ke atas Australia dalam final semalam tidak kesampaian walaupun dia sendiri memiliki beberapa peluang di depan gawang.

"Betul, kami memang letih.

"Kami bermain dua jam di atas padang (ketika bertemu Indonesia dalam separuh akhir).

"Mereka bermain 90 hingga 95 minit.

"Kami agak letihlah kalau nak bandingkan dua jam itu dengan 95 minit," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen