Real Madrid telah meminjamkan Martin Odegaard ke Vitesse untuk baki saingan musim 2018-19.

Pemain berusia 19 tahun itu akan kembali beraksi dalam Eredivisie sehingga 30 Jun tahun depan.

"Saya tertarik dengan kelab ini," katanya. "Mereka adalah pasukan yang berkualiti daripada segi menyerang dan mendominasi permainan. Saya berasakan gaya permainan mereka amat bersesuaian dengan saya.

"Vitesse turut memberikan peluang kepada pemain-pemain muda beraksi. Jadi saya sangat gembira dengan peluang yang diberikan mereka," ujarnya.

Odegaard membuat 24 penampilan bersama Heerenveen tahun lalu, menjaringkan dua gol dan telah dikaitkan dengan pinjaman ke kelab Liga Kejuaraan, Leeds United.

Pengarah Teknikal Vitesse, Marc van Hintum, gembira apabila berjaya mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Norway itu.

"Kami amat gembira kerana Odegaard memilih Vitesse. Di sebalik minat daripada kelab lain, kami berjaya meyakinkan Odegaard dengan visi kelab ini.

"Dia memiliki kebolehan yang mampu melonjakkan pasukan."

Odegaard menyertai Real pada 2015 tetapi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di Santiago Bernabeu.