Neymar telah diketepikan daripada skuad Brazil dalam aksi persahabatan menentang Argentina dan Australia, bulan depan.

Bintang Barcelona itu diberikan waktu rehat daripada beraksi bersama skuad kebangsaan selepas mengharungi musim yang padat untuk kelab dan negaranya.

Dua bintang Real Madrid, Marcelo dan Casemiro juga direhatkan kerana beraksi dalam final Liga Juara-Juara (UCL) pada 3 Jun nanti.

Bek kanan Juventus, Dani Alves, turut diketepikan manakala rakan sepasukannya, Alex Sandro, tersenarai di dalam skuad.

Pertahanan Bayern Munich, Rafinha dan bek tengah Chelsea, David Luiz, bakal menyertai Philippe Coutinho, Willian, Douglas Costa, Gabriel Jesus dan Thiago Silva.

"Jadual yang padat terpaksa diharungi beberapa pemain, saya membenarkan mereka berehat sepenuhnya bagi mengelak perkara yang tidak diingini berkalu," kata jurulatih, Tite.

Brazil akan berdepan Argentina pada 9 Jun dan Australia empat hari kemudian, di mana kedua-dua perlawanan akan diadakan di Padang Kriket Melbourne.

Skuad penuh Brazil:

Penjaga gol: Diego Alves (Valencia), Weverton (Atletico Paranaense), Ederson (Benfica)

Pertahanan: Alex Sandro (Juventus), David Luiz (Chelsea), Fagner (Corinthians), Filipe Luis (Atletico Madrid), Gil (Shandong Luneng), Jemerson (Monaco), Rafinha (Bayern Munich), Rodrigo Caio (Sao Paulo), Thiago Silva (Paris Saint-Germain)

Tengah: Fernandinho (Manchester City), Giuliano (Zenit), Lucas Lima (Santos), Paulinho (Guangzhou Evergrande), Philippe Coutinho (Liverpool), Renato Augusto (Beijing Gouan), Rodriguinho (Corinthians), Willian (Chelsea)

Penyerang: Diego Souza (Sport), Douglas Costa (Bayern Munich), Gabriel Jesus (Manchester City), Taison (Shakhtar Donetsk)