Neymar kini pemimpin yang kami harapkan -- Tuchel

Oleh Staff Writer 19 Januari 2020 207
Neymar kini pemimpin yang kami harapkan -- Tuchel
Neymar telah menjadi pemimpin Paris Saint-Germain (PSG) seperti yang diharapkan musim ini, kata Thomas Tuchel, yang menegaskan penyerang itu perlu mengekalkan tahap terbaiknya.

Selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha pada permulaan musim ini, Neymar kembali mendapatkan sentuhan terbaik sejak beberapa minggu lalu dengan mencetak 11 jaringan dan lima bantuan jaringan dalam 12 penampilan Ligue 1.

Pemain berusia 27 tahun itu -- yang mahu kembali ke Barcelona sebelum musim 2019-2020 bermula tapi memilih untuk kekal di Paris -- telah mengalami kecederaan serius, dan Tuchel kini mahu menyaksikan Neymar mengekalkan tahap terbaiknya.

"Buat Neymar, terlalu banyak kata-kata untuk menyifatkan dirinya," kata Tuchel.

"Tetapi perkara terbaik adalah menyaksikan perlawanan. Dia adalah watak penting kepada pasukan. Menutup ruang serta bertahan untuk pasukan.

"Neymar adalah pemimpin yang kami harapkan dan ini merupakan saat terbaik buat Neymar. Cabarannya adalah meneruskan tahap terbaik dan berusaha untuk pasukan."

Ketika memuji Neymar, Tuchel turut menjelaskan kepentingan barisan pemain PSG untuk mengikut jejak langkah pemain kebangsaan Brazil itu.

"Saya yakin bola sepak adalah usaha kemampuan sepasukan.

"Kami menyerang dan bertahan bersama dan jika kami melakukannya, PSG adalah pasukan yang berbahaya. Jika tidak, kami adalah pasukan yang biasa dan anda tidak mampu memenangi apa-apa dengan pasukan biasa."



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen