Neymar dijangka membuat penampilan sulung bersama Paris Saint-Germain (PSG) apabila disenaraikan dalam skuad menentang Guingamp bagi saingan Ligue 1, awal pagi esok.

PSG mengesahkan bintang Brazil itu, yang berhijrah selepas pembelian rekod dunia GBP200 juta (RM1.1 bilion) telah dibenarkan untuk beraksi.

Dia kini disenaraikan dalam pertembungan di Stade de Roudourou tatkala PSG mahu meneruskan rentetan kemenangan dalam aksi kedua liga.

Neymar sekadar hadir sebagai penonton ketika PSG melakar kemenangan 2-0 dalam aksi pembukaan berdepan Amiens minggu lalu.