Kelab Serie A, Napoli, menegaskan laporan bahawa mereka bakal mendapatkan khidmat Edinson Cavani dan Angel Di Maria dari Paris Saint-Germain (PSG) adalah palsu.

Cavani beraksi di Itali ketika tempoh 2010 sehingga 2013 sebelum bintang Uruguay itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat PSG.

Bagaimanapun, juara Ligue 1 itu dikatakan mahu menambah status kewangan sehingga membuatkan Cavani dan Di Maria kemungkinan dijual walaupun Neymar mendedahkan dia akan kekal di ibu kota Perancis itu.

Napoli dilihat cuba menjauhkan diri daripada spekulasi itu menerusi laman sosial apabila menggunakan kempen #StopFakeNews untuk menafikan laporan tentang gandingan serangan itu.

Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis, menegaskan pasukannya tidak cuba membawa kembali Cavani selepas lima tahun berhijrah sambil menolak dakwaan mereka juga cuba mendapatkan penggempur Real Madrid, Karim Benzema.

"Kita tidak boleh mendapatkan semua akhbar kerana terdapat banyak penipuan," katanya.

"Saya terkejut kerana editor Corriere dello Sport sangat berpengalaman dan saya hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya buatnya. Adakah Antonio Giordano individu tepat untuk saya percayai?

"Saya mempunyai perjanjian dengan pengurus, Carlo Ancelotti. Mengapa saya perlu dapatkan pemain yang semakin berusia walaupun menghormati mereka? Saya tidak perlu membuatkan peminat-peminat kagum, mereka bermain bola sepak di dalam bar, saya hormati mereka tetapi mereka harus kekal tenang dan biarkan kami bekerja.

"Kemungkinan untuk Benzema hadir sangat rendah. Cavani? Dia meraih hampir RM95 juta dalam masa dua bulan. Dia bagus tetapi jumlah pendapatannya perlu dipecahkan. Jika Cavani menghubungi saya dan bersedia utuk gajinya dipotong, tentu hebat."

Awal bulan ini, De Laurentiis mendedahkan Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk ke Napoli, sebelum menyertai juara Serie A, Juventus.