Carlo Ancelotti menjangkakan rundingan dengan Real Madrid untuk membawa masuk James Rodriguez ke Napoli akan mengambil masa yang "sangat lama".

Ancelotti, yang pernah bekerjasama dengan James, 28, di Madrid dan Bayern Munich, berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa Colombia itu.

Namun, Presiden Partenopei, Aurelio De Laurentiis, memberitahu Madrid bahawa mereka perlu menurunkan tuntutan yuran dengan lebih banyak untuk membawanya kelua dari Santiago Bernabeu.

De Laurentiis yakin kesepakatan itu akan dapat dicapai, namun pengurus Napoli itu sudah berhubung dengan pemain tersebut.

"James boleh beraksi di mana-mana bahagian belakang penyerang tengah," kata pengurus itu kepada TV Luna selepas kekalahan kepada Benevento dalam aksi pra-musim semalam.

"Dia adalah pemain nombor 10 yang bermain di belakang penyerang atau sebagai pemain sayap dengan kecenderungan untuk menyusup masuk ke kotak penalti lawan.

"Saya menghantar mesej untuk mengucapkan selama hari jadi kepadanya minggu ini. Rundingan sedang berjalan dan ia akan mengambil masa yang lama tetapi kami tidak akan berputus asa.

"Jika tidak berjaya, kami tetap merupakan sebuah pasukan yang mantap dan mungkin mencapai sasaran yang berbeza."

Napoli juga dikaitkan dengan Mauro Icardi yang telah diberitahu boleh meninggalkan Inter, namun pengurus berusia 60 tahun itu sudah berpuas hati dengan pilihan yang ada di jentera serangan, termasuk Lorenzo Insigne dan Dries Mertens.

"Selaku penyerang, penyerang tengah moden bukan hanya sekadar penyumbat gol, sebab itulah Arkadiusz Milik sangat mustahak buat kami," kata pengurus berbangsa Itali itu.