Napoli halangan Arsenal dalam suku akhir UEL

Oleh Staff Writer 15 Mac 2019 1217
Napoli halangan Arsenal dalam suku akhir UEL
Arsenal akan berdepan tugas getir bertemu Napoli manakala Chelsea selesa berdepan Slavia Prague dalam pusingan suku akhir Liga Europa (UEL).

Undian suku akhir UEL berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi.

The Gunners meraih kemenangan 4-3 secara agregat selepas mengatasi Rennes 3-0 awal pagi tadi tetapi perlu menempuh tembok besar kelab Serie A itu jika mahu melangkah ke separuh akhir.

Aksi final membabitkan dua wakil daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Chelsea di Baku, Azerbaijan pada 29 Mei depan tidak mustahil selepas Chelsea bakal berdepan Slavia Prague yang menyingkirkan Sevilla.

Dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Villarreal bakal bertemu pasukan yang tidak asing lagi dalam kancah LaLiga, Valencia, sementara Eintracht Frankfurt yang menewaskan Inter bakal bertemu Benfica.

Perlawanan peringkat pertama suku akhir dijadualkan pada 2 Mei, dengan perlawanan timbal balik seminggu kemudian.

Undian suku akhir UEL:
Arsenal lwn Napoli
Villarreal lwn Valencia
Benfica lwn Eintracht Frankfurt
Slavia Prague lwn Chelsea

Undian separuh akhir UEL:

Arsenal/Napoli lwn Villarreal/Valencia
Benfica/Eintracht Frankfurt lwn Slavia Prague/Chelsea

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen