Napoli dihukum jalani kem latihan -- Gattuso

Oleh Staff Writer 19 Januari 2020 692
Napoli dihukum jalani kem latihan -- Gattuso
Gennaro Gattuso berkata pemain-pemain Napoli mengambil keputusan untuk menjalani kem latihan selepas tewas 2-0 di laman sendiri kepada Fiorentina.

Musim Napoli bertambah buruk apabila mereka tewas kepada Fiorentina – kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Serie A dan kini jatuh ke tangga ke-13.

Gattuso kini telah tewas empat kali daripada lima perlawanan sejak mengambil alih selaku pengurus daripada Carlo Ancelotti, Disember lalu.

Kini, Napoli akan menyertai kem latihan menjelang pertemuan dengan Lazio dan Juventus.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, mengambil tindakan ketika bintang skuad utama dilaporkan memberontak atas keputusan Ancelotti untuk mengadakan kem latihan pada awal musim.

"Saya telah bercakap dengan pasukan dan mereka telah mengambil keputusan untuk menjalani kem latihan bermula petang ini," kata Gattuso. "Ia merupakan keputusan mereka."

"Napoli perlu mencari jawapan kerana apa yang kami lakukan ketika ini masih tidak cukup."

Naib juara musim lalu dan pada musim 2017-18, Napoli, kini perlu melihat kepada bayang-bayang mereka sendiri -- kurang bertenaga, kreativiti dan semangat.

"Kami terlebih dahulu perlu memohon maaf kepada penyokong dan kepada bandar Naples di atas persembahan yang mengecewakan," kata Gattuso kepada DAZN.

"Napoli tidak boleh memberikan sebarang alasan. Kami perlu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Ia seperti kami baru sahaja bertemu sebelum perlawanan, menyarung jersi dan turun ke padang. Tiada organisasi dalam permainan."



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen