Muller bakal terlepas aksi bertemu Liverpool

Oleh Staff Writer 12 Januari 2019 491
Muller bakal terlepas aksi bertemu Liverpool
Thomas Muller dijangka terlepas dua perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung penyerang Bayern Munich itu untuk dua perlawanan.

Pemain kebangsaan Jerman itu telah diarah keluar padang selepas melakukan terjahan keras ke atas Nicolas Tagliafico ketika seri 3-3 dengan Ajax dalam aksi terakhir Kumpulan E, bulan lalu.

Muller dilayangkan kad merah di atas kekasarannya itu dan Bayern bakal menghadapi skuad bimbingan Jurgen Klopp tanpa tonggak itu selepas UEFA mengesahkan penggantungannya semalam.

Bagaimanapun, gergasi Jerman itu mengumumkan hasrat mereka untuk melakukan rayuan terhadap keputusan itu, dengan menganggap terjahan itu "keras tetapi tidak disengajakan".

Aksi pertama bakal berlangsung di Anfield pada 19 Februari depan sebelum perlawanan timbal balik di Allianz Arena pada 13 Mac.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen