Muller alami bengkak pada paha

Oleh Staff Writer 7 Februari 2018 1367
Muller alami bengkak pada paha
Pengendali Bayern Munich, Jupp Heynckes, mengesahkan penyerangnya, Thomas Muller, mengalami bengkak pada paha ketika membantu pasukan menundukkan Paderborn dalam aksi Piala Jerman, awal pagi tadi.

Bintang Jerman itu digantikan oleh Corentin Tolisso selepas beraksi selama 32 minit dan Heynckes menjelaskan penyerang itu dibawa keluar sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kecederaan serius.

"Muller mengalami bengkak pada paha, jadi kami akan mengetahui perkembangannya dalam masa beberapa hari lagi. Dia boleh meneruskan permainan tetapi tidak dapat beraksi pada tahap maksimum," kata Heynckes.

Dalam masa sama, Heynckes tidak menyembunyikan kegembiraannya apabila Bayern memastikan tempat di peringkat separuh akhir Piala Jerman, musim ini.

"Sudah tentu semua orang gembira dengan kejayaan layak ke pusingan seterusnya. Kami berdepan dengan cabaran yang sukar tetapi berjaya mencetak gol dan berhak menang.

Sementara itu, pengurus Paderborn, Steffen Baumgart, mengakui Bayern berada dalam kelas tersendiri sehingga membuatkan skuad bimbingannya buntu untuk mencipta sebarang gerakan.

"Sangat hebat melihat mereka bijak menggunakan setiap kesempatan. Kami mencuba tetapi lawan terlalu hebat," ujarnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen