Mudah buat Buffon balas kritikan

Oleh Staff Writer 23 Mac 2018 559
Mudah buat Buffon balas kritikan
Gianluigi Buffon telah membalas kritikan terhadap tindakannya untuk keluar daripada persaraan antarabangsa dan kembali mewakili skuad Itali dengan mengingatkan bahawa dia masih penjaga gol nombor satu Juventus.

Buffon kembali bersama Azzurri bagi aksi persahabatan menentang Argentina dan England walaupun sebelum ini menyatakan hasrat untuk bersara susulan kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Beraksi sebanyak 175 kali buat Itali, kehadiran semula Buffon mengundang pelbagai kritikan, namun dia menjawabnya dengan peringatan terhadap aksinya bersama skuad The Old Lady.

"Saya rasa semua orang telah melihat situasi dan sedar akan peranan yang saya mainkan," kata Buffon.

"Saya sentiasa terbuka, positif dan sentiasa tidak mementingkan diri di dalam karier. Ini bukan melibatkan testimonial tetpai saya datang membawa keghairahan yang tinggi. 

"Mungkin saya telah berusia 40 tahun tetapi saya masih penjaga gol nombor satu di Juventus.

"Saya sendiri tidak pasti sama ada aksi terakhir di dalam karier saya akan tamat bersama Itali atau Juve. Situasinya juga masih belum pasti. Saya menyertai bola sepak dengan menaiki Vespa tetapi akan meninggalkannya dengan sebuah kereta milik syarikat," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen