Robert Moreno berkata Luis Enrique yang patut ditanya sejak kembali mengendalikan skuad kebangsaan Sepanyol.

Bekas pengurus Barcelona, Enrique, dilantik semula selaku pengendali skuad kebangsaan selepas mengambil cuti susulan anak perempuannya, Xana, meninggal dunia, Ogos lalu akibat kanser tulang.

Moreno mengambil alih pasukan itu selama sembilan bulan, membantu Sepanyol mara ke pusingan akhir Euro 2020 sebelum Enrique disahkan kembali.

Pertukaran itu menyebabkan banyak pihak terkejut dan walaupun sebelum ini Moreno menegaskan dia tidak terkesan dengan kepulangan Enrique, jurulatih berusia 42 tahun itu meninggalkan Wanda Metropolitano dalam tangisan selepas mendapat tahu dia bukan lagi pengurus pasukan itu setelah Sepanyol menewaskan Romania 5-0.

Terdapat laporan mengatakan bahawa Enrique tidak meminta Moreno untuk kekal sebagai pembantunya walaupun kedua-duanya bekerjasama sewaktu di Celte Vigo, AS Roma dan Barcelona sebelum menguruskan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai spekulasi itu, Moreno memberitahu wartawan: "Saya tidak tahu, anda perlu tanya Enrique!

"Saya fikir langkah terbaik untuk kedua-dua belah pihak adalah membiarkannya hanya di antara kami. Jika pihak di sana bercakap, biarkan.

"Tiada apa untuk saya katakan kerana saya tidak fikir ia bagus untuk semua orang. Pertama, ia tidak bagus untuk saya dan ia memberikan saya ruang untuk berfikir tentang diri sendiri."