Misi tuan rumah Piala Dunia 2034 mampu dicapai ASEAN

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2019
Misi tuan rumah Piala Dunia 2034 mampu dicapai ASEAN
Misi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 boleh menjadi realiti selepas persetujuan negara-negara Asia Tenggara dalam mesyuarat melibatkan menteri sukan dari negara Asia Tenggara (ASEAN)  di Filipina, kelmarin.

Malaysia diwakili Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dalam mesyuarat di Manila itu tatkala ia adalah bidaan untuk Piala Dunia 2034 yang membabitkan negara-negara ASEAN sebagai satu komuniti.

Kumpulan kerja teknikal akan dibentuk dan diterajui Thailand bersama empat negara Asia Tenggara, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat pertama di Kuala Lumpur yang juga merupakan ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF). 

Thailand dilantik selaku ketua projek tersebut sambil Menteri Sukan dan Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn, akan mengusulkan pembidaan itu kepada kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.

Lima lagi negara Asia Tenggara, iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina turut bersetuju sambil pegawai dari Filipina dan Thailand telah meningkatkan momentum dalam proses pembidaan itu, sekali gus meletakkan Asia Tenggara di mata dunia.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen