Mikel umum persaraan peringkat antarabangsa

Oleh Staff Writer 19 Julai 2019 455
Mikel umum persaraan peringkat antarabangsa
John Obi Mikel mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa selepas membantu Nigeria meraih tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika.

Skuad Super Eagles itu tewas kepada Algeria dalam perlawanan separuh akhir di Mesir, namun menebus kehampaan itu dengan kemenangan 1-0 ke atas Tunisia dalam penentuan tempat ketiga, awal pagi semalam.

Ia merupakan perlawanan terakhir Mikel menyarung jersi Nigeria selepas pemain veteran itu mengesahkan sudah menamatkan kariernya dengan pasukan kebangsaan melalui satu kiriman Instagram.

Kenyataan yang dikeluarkan tertulis: "Mesir adalah negara di mana saya telah memulakan dan telah menamatkan karier kebangsaan saya.

"Pada 2006, saya beraksi dalam kejohanan rasmi pertama buat skuad negara saya.

"Piala Negara-Negara Afrika 2019 merupakan kejohanan terakhir saya dengan Super Eagles.  

"Karier antarabangsa saya bermula pada 2013, iaitu dalam Piala Dunia B-17, dan saya berterima kasih kepada pasukan kebangsaan kerana meletakkan saya di persada dunia dan memberikan saya peluang untuk membuktikan kemahiran dalam pasukan.

"Pada usia 32 tahun, sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada pasukan kebangsaan dan membenarkan pemain muda untuk mengambil alih.

"Mereka telah melakukan tugas dengan mengagumkan dengan memenangi pingat gangsa.

"Terima kasih kepada semua penyokong Nigeria dan negara saya di atas kesemua kepercayaan, sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan sepanjang 15 tahun ini.

"Mikel sudah bersara!" katanya.

Mikel menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada 2013 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016.

Dia juga pernah mewakili Super Eagles dalam Piala Dunia 2014 dan 2018.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen