Messi undi Ronaldo, bintang Portugal tidak hadir Anugerah Best FIFA

Oleh Staff Writer 24 September 2019 2655
Messi undi Ronaldo, bintang Portugal tidak hadir Anugerah Best FIFA
Lionel Messi meletakkan Cristiano Ronaldo di tempat kedua dalam undiannya untuk pemenang Pemain Terbaik FIFA tetapi bintang Portugal itu tidak hadir dalam majlis tersebut.

Messi memenangi gelaran itu buat kali pertama sejak ia dijenamakan semula pada 2016, mengatasi pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk, dan Ronaldo.

Namun, undian yang dilakukan menarik perhatian tatkala Ronaldo dan pengendali Portugal, Fernando Santos, mengetepikan Messi.

Ronaldo mengundi Matthijs De Ligt, Frenkie De Jong dan Kylian Mbappe sambil Santos meletakkan dua pemain bekas kendaliannya bersama kapten skuad kebangsaan Portugal itu.

Bagaimanapun, Messi meletakkan Ronaldo di tempat kedua undiannya di antara bintang Liverpool, Sadio Mane, dan De Jong.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni, memilih Messi, Mbappe dan Mane sementara Van Dijk meletakkan Messi di kedudukan pertama bersama-sama Mohamed Salah dan Mane yang membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Undian pemain

Lionel Messi: Sadio Mane, Cristiano Ronaldo, Frenkie de Jong.
Virgil van Dijk: Lionel Messi, Mohamed Salah, Sadio Mane.
Cristiano Ronaldo: Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong, Kylian Mbappe.
Fernando Santos: Cristiano Ronaldo, Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt.
Lionel Scaloni: Lionel Messi, Kylian Mbappe, Sadio Mane.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen