Messi samai rekod hatrik Ronaldo dalam LaLiga

Oleh Staff Writer 10 November 2019 1244
Messi samai rekod hatrik Ronaldo dalam LaLiga
Lionel Messi menjaringkan satu gol daripada sepakan penalti dan dua daripada sepakan percuma ketika Barcelona menewaskan Celta Vigo 4-1 di Camp Nou awal pagi tadi untuk menyamai rekod hatrik Cristiano Ronaldo dalam sejarah LaLiga.

Hatrik Messi itu membantu Barca kembali ke puncak liga selepas tewas kepada Levante dan seri dengan Sparta Prague minggu lalu.
 
Bintang skuad Blaugrana itu dan Ronaldo, kedua-duanya telah menghasilkan 34 hatrik dalam liga divisyen utama Sepanyol berkenaan, walaupun bekas penyerang Real Madrid itu pernah mewakili Sporting CP dan Manchester United sebelum menyertai Juventus tahun lalu -- tempoh yang lebih singkat beraksi dalam LaLiga.

Kapten Portugal itu menghabiskan sembilan musim di Madrid dan memegang rekod sebagai penjaring hatrik terbanyak dalam liga buat pasukan itu dengan mengatasi Alfredo Di Stefano (22) dan Ferenc Puskas (12).

Messi pula, yang kini berada dalam musim ke-16 selaku pemain utama Barca dan menjaringkan lapan gol daripada tujuh perlawanan musim ini, dijangka akan memadamkan rekod Ronaldo itu menjelang penghujung musim ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen