Messi belum pasti dapat diturunkan dalam aksi pembukaan

Oleh Staff Writer 11 Ogos 2019 772
Messi belum pasti dapat diturunkan dalam aksi pembukaan
BARCELONA 4 NAPOLI 0

Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, percaya ia amat sukar untuk menyaksikan Lionel Messi kembali daripada kecederaan menjelang perlawanan pembukaan LaLiga menentang Athletic Bilbao, awal pagi Sabtu ini.


Messi, 32, tidak menyertai kunjungan Barca ke Amerika Syarikat (AS) -- di mana pasukan itu meraih dua kemenangan ke atas Napoli -- gara-gara ketegangan otot betis.

Penyerang itu kelihatan akan terlepas aksi pembukaan menentang Bilbao, dengan Valverde berkata ia amat sukar untuk pemain bintang itu kembali beraksi dalam perlawanan berkenaan.

"Dia masih dalam pemulihan dan saya tidak tahu sama ada dia akan bersedia untuk memulakan LaLiga," katanya dalam sidang media selepas merakamkan kemenangan 4-0 ke atas Napoli di Michigan hari ini.

"Ia kelihatan sukar."

Disebalik ketiadaan Messi, Barca memaparkan aksi kukuh ketika menewaskan Napoli dalam aksi pramusim terakhir itu.

Antoine Griezmann menjaringkan gol pertamanya buat pasukan itu, Luis Suarez menghasilkan dua gol dan Ousmane Dembele turut tersenarai selaku penjaring.

Valverde gembira menyaksikan Griezmann, yang tiba daripada Atletico Madrid dengan yuran perpindahan €120 juta (RM567.9 juta), membuka akaun jaringannya bersama Barca.

"Penjaring itu sentiasa mencipta peluang.

"Kami gembira dengan kehadirannya.

"Dia memberikan segala-gala yang kami harapkan selain turut bertahan dengan baik," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen