Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menayangkan secara langsung perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Perak dan Ulsan Hyundai di Skrin LED Dataran Stesen Keretapi, Ipoh mulai jam 6.00 petang ini.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan Perak Bos Gaurus.

Jurucakap MBI berkata langkah menyiarkan perlawanan secara langsung itu bertujuan menyatukan sokongan penyokong.

"Dengan menghimpun penyokong, kita akan dapat menyemarakkan semangat rakyat Perak.

"Ini kali pertama Perak beraksi dalam ACL. Oleh yang demikian, MBI mahu semarakkan sokongan serta memeriahkan kejohanan," katanya.

Perlawanan dijangka bermula jam 6.20 petang waktu Malaysia (7.30 petang tempatan).