Masalah lutut halang kelibat Robben dalam aksi 'Klassiker'

Oleh Staff Writer 10 November 2018 194
Masalah lutut halang kelibat Robben dalam aksi 'Klassiker'
Arjen Robben terpaksa melupakan pertembungan Bayern Munich dengan Borussia Dortmund awal pagi esok disebabkan masalah lutut.

Pemain sayap berpengalaman itu tidak dapat menyertai rombongan skuad tersebut semalam menjelang pertembungan 'Klassiker' dengan pemimpin Bundesliga itu di Signal Iduna Park.

Terdahulu, pengurus, Niko Kovac, optimis terhadap kecergasan Robben dalam sesi latihan terakhir mereka di Munich.

"Arjen cuba berlatih semalam tetapi mengadu beberapa masalah di lutut, jadi kami perlu lihat bagaimana dia berlatih hari ini," katanya dalam sidang akhbar semalam. 

Sehubungan itu, Robben akan menyertai Thiago Alcantara, Kingsley Coman dan Corentin Tolisso dalam senarai kecederaan Bayern.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen