Maradona pengerusi baru Dinamo Brest 

Oleh Staff Writer 16 Mei 2018 885
Maradona pengerusi baru Dinamo Brest 
Dinamo Brest melantik Diego Maradona sebagai pengerusi baru dengan memeterai perjanjian selama tiga tahun.

Bekas bintang Argentina itu mengambil alih tugas sebagai ketua lembaga kelab Belarus itu selepas meninggalkan tugas terbaru dengan Al Fujairah yang bermain dalam divisyen kedua di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

"Ya, Diego bersama kami!" kata Dinamo Brest menerusi Twitter, semalam. 

"Pemain legenda bola sepak, Diego Armando Maradona, menandatangani kontrak selama tiga tahun dan memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga kelab."

Maradona memaparkan gambarnya sedang menandatangani kontrak di laman sosialnya, Instagram, dengan keterangannya: "Saya menandatangani kontrak dan saya adalah presiden Dinamo Brest. Terima kasih atas keyakinan dan pandangan terhadap saya."

Kelab baru Maradona itu menduduki tempat kelapan Liga Perdana Belarus selepas tujuh perlawanan musim ini, 12 mata di belakang BATE Borisov.

Mereka akan menghadapi BATE dalam final dalam usaha mempertahankan Piala Belarus pada Ahad ini.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen