Mario Mandzukic tidak disenaraikan Juventus dalam aksi Serie A menentang Fiorentina di Florence malam ini ekoran spekulasi masa depannya yang masih belum berakhir.

Penyerang itu tidak pernah diturunkan sepanjang musim ini selepas dianggap sebagai pemain yang tidak diperlukan oleh pengendali pasukan itu, Maurizio Sarri, yang turut tidak menyenaraikan bintang Croatia itu dalam skuad Liga Juara-Juara Eropah.

Terdapat laporan yang mengaitkan penyerang itu dengan pasukan Qatar, Al-Gharafa, selain khabar angin melibatkan pasukan daripada liga lain -- termasuk Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) -- turut bertebaran.

Pemain berusia 33 tahun itu, yang dikatakan amat cergas ketika ini, semakin hampir untuk meninggalkan Juve apabila Sarri meminggirkannya daripada pertemuan dengan Fiorentina.

Mandzukic -- yang merupakan finalis Piala Dunia 2018 -- menyertai Juve daripada Atletico Madrid pada 2015 dan telah menjaringkan 31 gol dalam Serie A.

Rekod kejayannya sepanjang di Turin termasuk empak kejuaraan berturut-turut Serie A, tiga piala Coppa Italia dan dua kejuaran Supercoppa Italiana.