Mancini tidak mampu tolak Balotelli

Oleh Staff Writer 4 Jun 2018 6752
Mancini tidak mampu tolak Balotelli
Pengendali Itali, Roberto Mancini, mengakui dirinya "lemah" apabila bercakap soal Mario Balotelli sehingga memberikan peluang buat penyerang itu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

Selepas hampir empat tahun tidak dipanggil membarisi skuad Azzurri, Balotelli kembali buat Itali dan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Perancis.

Mancini amat mengenali pemain berusia 27 tahun itu selepas pernah bekerjasama sewaktu di Inter Milan dan Manchester City sambil mengakui dirinya sedikit teragak-agak sewaktu membuat keputusan untuk memanggil semula Balotelli sebaik sahaja dilantik sebagai pengurus Itali.

Kedua-duanya pernah berbalah ketika sesi latihan di England sebelum ini tetapi Mancini tetap mempertahankan penyerangnya itu.

"Saya bernasib baik memilikinya ketika muda, dia berusia 17 tahun pada waktu itu dan mempunyai kualiti yang hebat sehingga membuatkan kami meletakkannya dalam pasukan," kata Mancini.

"Dia juga pernah menjaringkan gol penting pada tahun tersebut ketika aksi terakhir yang juga menjadi gol kemenangan.

"Balotelli mempunyai usia yang sama dengan anak saya dan seperti pemain yang lain, dia pasti memiliki kelemahan."

"Setiap pemain pasti akan melakukan kesilapan. Jika mereka sempurna sudah pasti mereka berada di dunia yang berbeza. Jadi, anda harus membantu mereka.

"Balotelli adalah seorang pemain yang sangat berkualiti tetapi dia telah mempersiakannya sebelum ini. Dia bernasib baik kerana masih muda dan mempunyai masa beberapa tahun lagi untuk kembali," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen