Roberto Mancini berasakan Itali berada di landasan yang tepat walaupun memerlukan jaringan kemenangan pada minit ke-94 daripada Matteo Politano untuk mengatasi Amerika Syarikat.

Itali bergelut dalam aksi persahabatan di Genk semalam sehingga pemain gantian, Politano, menyempurnakan hantaran Roberto Gagliardini untuk menoktahkan kemenangan dalam masa kecederaan.

The Azzurri kini sudah tidak dibolosi dalam tiga perlawanan berturut-turut di bawah pimpinan Mancini tetapi hanya menjaringkan dua kali di samping memberi peluang kepada barisan pemain muda untuk beraksi.

Stefano Sensi memulakn perlawanan di bahagian tengah dan berjaya membuatkan Mancini berpuas hati dalam penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan manakala terdapat beberapa pemain yang hadir ke dalam perlawanan antarabangsa buat kali pertama seperti Vincenzo Grifo dan pemain muda Juventus, Moise Kean.

Walaupun menamatkan saingan Liga Negara-Negara di belakang Portugal, Mancini percaya pasukannya semakin baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Sensi telah bermain dengan baik, begitu juga Kean dan Grifo," kata Mancini.

"Francesco Acerbi dan Mattia De Sciglio turut berjaya menarik perhatian saya dalam perlawanan ini.

"Kelayakan Euro 2020 akan bermula tahun depan, kami berharap momentum ini dapat dibentuk lagi untuk perlawanan akan datang."