Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos, kini terpaksa berehat akibat kecederaan lutut.

Kroos, yang cemerlang dalam kemenangan 3-1 Madrid berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara semalam, mengalami kecederaan ligamen pada lutut kirinya.

Madrid tidak mengesahkan tempoh pemulihan Kroos tetapi dia dijangka terlepas aksi menentang Real Betis dalam LaLiga, Isnin ini, dan tidak pasti boleh berkunjung ke Paris pada 6 Mac nanti.

"Proses pemulihannya akan terus dinilai," kata kenyataan ringkas Madrid yang dikeluarkan hari ini.

Pemain antarabangsa Jerman itu telah memulakan 19 daripada 22 perlawanan liga buat Madrid musim ini dan menyumbangkan empat gol.