Romelu Lukaku berkata dia menjadi 'kambing hitam' sewaktu bersama Manchester United.

Penyerang Belgium itu meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Inter Milan sebelum bermula Serie A musim 2019-20 dan telah menjaringkan dua gol di bawah kendalian Antonio Conte, pengendali yang cuba mendapatkan khidmatnya sewaktu di Juventus dan Chelsea.

Dan pemain berusia 26 tahun itu berpendapat dia tidak dilayan dengan baik selepas gagal meraih perhatian pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, musim lalu.

"Kambing hitam," katanya kepada ESPN. "Bermaksud anda adalah puncanya."

Lukaku dipersalahkah kerana masalah berat badan tatkala bekas kapten United, Gary Neville, berkata isu itu tidak boleh diterima buat seorang pemain profesional.

"Kebiasaannya, saya memiliki sistem penghadaman yang baik," tambah Lukaku.

"Saya menghadam segalanya dengan baik. Itu yang berlaku dalam hidup saya tetapi pakar nutrisi memberitahu ia sudah tidak berfungsi.

"Kini, saya dalam keadaan baik dan tubuh berada dalam zon sebenar."

Lukaku berpendapat dia meninggalkan United pada waktu yang tepat dan mendedahkan akan segera menyesuaikan diri di Inter.

"Mungkin ini pasukan yang saya perlukan," katanya.

"Terdapat kasih yang saya miliki untuk kawasan ini dan Inter. Ia adalah detik paling tepat untuk meninggalkan England. Saya tidak mahu berada di sana lagi."