Lampard: Arrizabalaga perlu kembali kepada asas

Oleh Staff Writer 25 Januari 2020 1025
Lampard: Arrizabalaga perlu kembali kepada asas
Frank Lampard menggesa Kepa Arrizabalaga untuk "kembali kepada asas" dan memberi jaminan kepada penjaga gol itu bahawa Chelsea tidak akan mencari pengganti bulan ini.

Arrizabalaga dikritik atas reaksi perlahan ketika tewas 1-0 kepada Newcastle United dan seri 2-2 dengan Arsenal, dengan The Gunners menjaringkan dua kali menerusi dua percubaan tepat ke arah gol.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu memiliki peratusan paling rendah menafikan percubaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Lampard mengakui pemain berusia 25 tahun itu perlu memperbaiki mutu persembahannya.

"Dia perlu menangani tekanan ini. Inilah bola sepak," kata Lampard menjelang aksi pusingan keempat Piala FA berdepan Hull City.

"Setiap pemain, tidak mengira hebat mana sekalipun karier mereka, akan dikritik dan perlu menghadapinya.

"Penjaga gol harus menerimanya lebih lagi, namun ia adalah perkara yang sama. Saya berasakan perkara paling penting adalah tidak terlalu fokus terhadap isu itu dan memberikan tumpuan kepada kemampuan diri sendiri.

"Kemahiran asas harus menjadi keutamaan. Perkara ini bukan hanya untuk Arrizabalaga tetapi kepada semua. Jika anda dapat berasakan kehilangan rentak, anda perlu kembali kepada asas."




Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen