Koscielny terlepas saingan Piala Dunia  

Oleh Staff Writer 5 Mei 2018 3555
Koscielny terlepas saingan Piala Dunia  
Pertahanan Perancis, Laurent Koscielny, tidak akan beraksi dalam Piala Dunia 2018 selepas disahkan oleh Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).
 
Koscielny mengalami kecederaan ketika awal permainan sewaktu Arsenal bertandang ke Atletico Madrid untuk aksi kedua separuh akhir Liga Europa, Khamis lalu, dan Arsene Wenger berkata pemainnya itu mengalami masalah di pergelangan kakinya.
 
Pihak FFF tidak memberikan ulasan lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh pemain bek tengah itu tetapi mengumumkan bahawa Koscielny tidak akan menyertai pasukan kebangsaan untuk ke Russia.
 
“Ia adalah satu tamparan buat pasukan Perancis. Satu kecederaan yang berlaku pada waktu yang tidak sepatutnya,” kata pengurus Perancis, Didier Deschamps.
 
“Saya sangat sedih dengan situasi yang menimpa Koscielny kerana Piala Dunia sudah pasti penting untuk kariernya. Saya mengucapkan semoga cepat sembuh dan kembali beraksi di atas padang kerana yakin dia memiliki sesuatu yang boleh dipersembahkan dalam permainan.”
 
Koscielny sebelum ini telah melakukan 51 penampilan buat Les Bleus dan pernah menyuarakan hasrat untuk bersara daripada arena antarabangsa selepas tamatnya kempen Piala Dunia.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen