Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Ke-55 hari ini menyaksikan beberapa pindaan perlembagaan FAM selaras dengan tuntutan perubahan yang digunakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Terdapat perubahan daripada segi pemilihan calon yang berlaku dalam artikel 27 (4) -- di mana calon presiden perlu mendapat enam pencalonan jika mahu bertanding.

Perubahan turut melibatkan calon naib presiden yang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya empat pencalonan selain ahli jawatankuasa eksekutif dua pencalonan.

Ia selaras dengan artikel 27 (1) dalam statut FIFA dan artikel 38 (2) bagi statut AFC.

Sebelum ini, calon hanya perlu mendapatkan satu pencalonan minimum untuk bertanding.