Ronald Koeman berjanji untuk kekal tenang selepas Belanda meraih kemenangan dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA ke atas Jerman.

Virgil van Dijk, Memphis Depay dan Georginio Wijnaldum bergabung untuk membantu Oranje merakamkan kemenangan 3-0 di Amsterdam, kelmarin.

Keputusan itu merupakan kemenangan terbesar Belanda ke atas Jerman dan hanya ketinggalan satu mata dengan pendahulu kumpulan, Perancis.

Koeman, bagaimanapun, enggan terlalu terbawa-bawa dengan kemenangan ketiga selepas mengendalikan pasukan dalam tujuh perlawanan.

"Saya cuba untuk kekal tenang tetapi berbangga dengan keputusan ini," katanya.

"Belanda amat memerlukan keputusan itu kerana ia membantu daripada sokongan moral dalam perkembangan pasukan ini.

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan, mereka telah bekerja keras untuk meraih kemenangan ini," tambahnya.

Belanda akan berdepan Belgium dalam perlawanan persahabatan esok sebelum menyempurnakan saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara bulan depan.