Kim Swee akur persediaan singkat

Oleh Staff Writer 17 Mei 2018 813
Kim Swee akur persediaan singkat
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, terpaksa akur dengan persediaan sederhana pasukannya menjelang Sukan Asia di Indonesia pada Ogos depan selepas hanya memiliki tempoh selama 10 hari.

Hakikatnya, tiada apa-apa persediaan yang mampu dilakukan Kim Swee setakat ini memandangkan dia tidak memiliki peluang untuk mengumpulkan pemain ekoran saingan liga yang masih berjalan.

Ternyata situasi itu menyerlahkan lagi persediaan ala kadar skuad negara dengan hanya mengharapkan keajaiban  mampu menyelamatkan Malaysia dalam Sukan Asia nanti.

"Buat masa ini, kami masih tidak melakukan sebarang persiapan kecuali pada awal Ogos, di mana pemain-pemain akan dipanggil bagi proses pemilihan dan latihan sebelum ke Indonesia pada 12 Ogos," katanya.

Jaminan buat Kim Swee hanya pada awal Ogos depan untuk pemain di bawah kendaliannya dilepaskan oleh pihak persatuan dan kelab, namun itu tidak termasuk isu-isu yang bakal disajikan setiap kali menjelang kem latihan skuad negara berlangsung.

"Saya hanya berharap apabila tiba masanya, semua pihak akan memikirkan kebaikan skuad negara dan pasukan kebangsaan memerlukan satu pasukan yang lebih baik untuk bersaing dalam Sukan Asia nanti."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen